fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pegawai itu menerima sejumlah wang daripada seorang pelancong. - Pattaya Mail

Perlahan-lahan dia hulur tangan ke belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang polis trafik di Thailand mengundang perhatian ramai selepas dia dirakam menerima wang suapan daripada seorang pelancong asing yang melanggar undang-undang lalu lintas, lapor portal berita Pattaya Mail. 

Kejadian dirakam berhampiran Night Bazaar di bandar Chiang Mai. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pegawai terbabit menghulurkan tangannya ke belakang sebelum mengambil sejumlah wang kertas yang dilipat oleh pelancong berkenaan. 

Dia sempat menepuk lengan pelancong berkenaan sebelum membenarkannya beredar. 

Rakaman itu menjadi tular sehingga dilihat oleh pasukan polis. 

Ketua Polis Trafik Chiang Mai, Kolonel Jen Sopha berkata, pegawai tersebut telah digantung tugas dan siasatan telah dilancarkan. 

“Jika terdapat salah laku, dia akan dikenakan hukuman tegas tanpa perlindungan daripada pihak atasan,” kata Sopha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN