fbpx
ANDREEVA berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka China selepas menewaskan pemain tuan rumah, Zhu Lin kelmarin. - AFP

Andreeva mula tetapkan sasaran terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Pemain tenis sensasi Russia, Mirra Andreeva berharap dapat kekal konsisten pada saingan penghujung musim dalam misi meraih slot automatik ke Kejohanan Final WTA yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi bulan depan.

Sebagai rekod, Kejohanan Final WTA dianggap sebagai salah satu saingan paling berprestij dengan mengumpulkan lapan pemain terbaik yang akan merebut trofi penutup tirai aksi tenis pada musim ini.

Sehingga kini, hanya dua pemain terbaik dunia, Iga Swiatek dan Aryna Sabalenka sudah mengesahkan slot automatik dengan enam lagi tiket menjadi rebutan.

Andreeva berkata, beberapa kejohanan yang bakal ditempuh sehingga Oktober nanti bakal menjadi medan terbaik untuk menambah sebanyak mata yang boleh.

“Saya rasa musim yang diharungi bakal sempurna jika dapat layak ke Kejohanan Final WTA kerana saya masih muda dan baru berusia 18 tahun.

“Peluang untuk berada dalam kelompok lapan pemain terbaik dunia adalah sesuatu yang sukar dilepaskan,” kata Andreeva yang kini fokus menghadapi Terbuka China di Beijing.

Andreeva yang menduduki ranking No. 5 dunia telah mempamerkan prestasi konsisten termasuk menjuarai dua kejohanan bertaraf WTA 1000 di Terbuka Dubai dan Terbuka Indian Wells. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI