fbpx
DOKU

EPL: Doku kunci kemenangan besar City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Jeremy Doku menjadi nadi utama pasukan apabila menyerlahkan permainan berkelas lima bintang untuk membantu Manchester City meraih kemenangan 5-1 ke atas Burnley di Stadium Etihad kelmarin.

Pengurus City, Pep Guardiola menghamburkan pujian kepada Doku dan melabel pemain sayap lincah Belgium itu sebagai titik penting kepada prestasi baik pasukannya hingga memperoleh kemenangan selesa.

“Saya minta pemain sayap supaya cuba berada dalam situasi satu lawan satu atau satu lawan dua. Saya fikir keputusan yang dibuat Jeremy semakin baik dan dia adalah ancaman sebenar buat pasukan yang bermain secara bertahan.

“Cara dia membaca perlawanan juga agak bagus dan dia boleh bermain di kiri dan kanan,” katanya.

Maxime Esteve menjadi pemain Burnley paling malang apabila dua kali tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan dua jaringan buat City.

Melengkapkan pesta gol City adalah dua gol Erling Haaland dan satu daripada Matheus Nunes, manakala gol tunggal Burnley diledak menerusi Jaidon Anthony.

“Sejak aksi dengan Manchester United, pasukan kami sudah pun menunjukkan reaksi berbeza walaupun selepas itu kami tidak bermain baik ketika bertemu Arsenal,” tambah Guardiola.

Bagi pengurus Burnley, Scott Parker mengakui kekalahan 1-5 sesuatu yang agak sukar untuk diterima, namun berharap pasukannya akan kekal mencuba bagi menampilkan aksi kompetitif dalam perlawanan selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN