fbpx
Joao Figueiredo antara pemain penting skuad Harimau Malaya sejak beberapa perlawanan lepas.

Keputusan FIFA melulu, nafi hak pemain warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HUKUMAN penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilihat sebagai keputusan melulu dan turut menafikan hak tujuh pemain warisan negara untuk mempertahankan diri.

Mantan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, selaku pihak yang menilai sesuatu kes, FIFA sepatutnya mendapatkan penjelasan atau keterangan lanjut daripada pihak berkenaan.

“FIFA sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada autoriti terbabit, FAM serta pemain seharusnya kekal ‘innocent until proven guilty’ (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah) dan bukan sebaliknya.

“Hukuman yang dikenakan seolah-olah ada ‘kecacatan’ kepada proses menghukum. Pengumuman disebar luas tanpa fakta kes yang jelas telah meletakkan FAM dan pemain pada situasi yang tidak adil dan terpaksa berdepan dengan pelbagai polemik tidak terkawal,” katanya.

Sebelum ini, negara dikecohkan dengan tindakan FIFA mengenakan hukuman denda kepada FAM dan menggantung tujuh pemain warisan, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

FIFA mendakwa berlaku pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen, namun Annuar berpendapat badan induk bola sepak dunia itu wajar menjaga reputasi ahli dan menghormati kedaulatan undang-undang di sesebuah negara.

“Adalah penting bagi FIFA turut bertanggungjawab menjaga reputasi ahlinya, menghormati kedaulatan undang-undang negara ahli. Kerakyatan adalah hak dan kedaulatan undang-undang negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN