fbpx
Anwar bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan di Kota Laksamana hari ini – Foto oleh AMRAN ALI

Belanjawan 2026 imbangi tuntutan ekonomi dan rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan Belanjawan 2026 yang sedang dirangka kerajaan perlu memberi keseimbangan antara tuntutan ekonomi dengan keperluan rakyat, khususnya dalam menangani kos sara hidup.

Menurut beliau, pendekatan ekonomi tidak boleh hanya berpandukan teori klasik semata-mata kerana ia berisiko membebankan majoriti rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

“Kalau ikut preskripsi ekonomi, hasil negara memang besar tetapi beban rakyat juga besar. Kita pilih pendekatan lebih munasabah yang membezakan kadar bayaran antara warga tempatan dan bukan warganegara.

“Sebab itu, langkah subsidi bersasar harga petrol dan elektrik membuktikan kerajaan berjaya mengurangkan ketirisan dan menambah hasil negara tanpa menjejaskan kebajikan isi rumah.

“Kebijaksanaan belanjawan bukan hanya soal angka, tetapi bagaimana ia dapat meringankan kos sara hidup rakyat tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara,” katanya ketika berucap di Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan bersama Perdana Menteri di Kota Laksamana, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, potensi Melaka dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor terus menarik perhatian pelabur antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI