fbpx
Gambar hiasan.

Amaran hujan lebat, ribut petir di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

“Antara kawasan dijangka terjejas adalah Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah, manakala di Perak adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Terengganu di Dungun dan Kemaman; Selangor di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta keseluruhan negeri Pahang,” kata kenyataan itu hari ini.

Amaran cuaca buruk tersebut berterusan di Kuala Lumpur serta beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol, selain seluruh negeri Johor.

Bagi Sarawak kawasan terlibat adalah Kuching, Serian (Tebedu), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Sri Aman), Mukah (Matu) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh), manakala di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN