fbpx
Antara individu yang hadir pada Program Kembara Kerjaya Madani S.P.A X MFJ Sungai Siput 2025.

Kembara Kerjaya Madani tawar lebih 1,000 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI SIPUT – Program Kembara Kerjaya Madani S.P.A X MFJ Sungai Siput 2025 menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada anak negeri melibatkan sektor awam dan swasta yang merangkumi pelbagai struktur jawatan dengan tawaran gaji kompetitif.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, program itu membuka peluang kepada golongan belia tidak mengira kaum terutama anak negeri untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Katanya lagi, inisiatif dengan kerjasama strategik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bersifat kritikal bagi memberi dorongan, galakan dan panduan khususnya kepada masyarakat luar bandar mendapat peluang pekerjaan dalam sektor awam atau swasta.

“Program ini mencerninkan komitmen berterusan SPA bersama rakan strategik dalam mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat terutama golongan luar bandar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) terdahulu melawat dan bermesra dengan pencari kerja dan majikan pada program itu di Dewan Perbandaran Sungai Siput di sini.

Beliau yakin dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan itu mampu meningkat taraf kehidupan rakyat negeri ini terutama masyarakat luar bandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN