fbpx
Muhammad Nadir Al-Nuri.

Sumud Flotilla: Tiada kapal tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak ada kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menarik diri dalam pelayaran membawa bantuan kepada penduduk Gaza, Palestin.

Perkara itu ditegaskan oleh Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi hantaran Facebook.

“Tak ada kapal GSF tarik diri. Cuma ada yang tak dapat berlayar kerana rosak disabotaj. Indonesia pula tarik diri untuk beri ruang kepada delegasi lain sejak di Tunisia lagi,” katanya.

Perkara berkenaan turut ditegaskan oleh Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat.

“Tuan Nadir dah tegaskan tiada kapal yang berpatah balik, adapun wartawan Malaysia yang menerima laporan daripada sesiapa pun wajib periksa dahulu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Media Muslim Care Malaysia, Tuan Asri Tuan Hussein menegaskan laporan berita yang memetik beliau berhubung perkara tersebut.

“Saya kata kapten tarik diri, bukan bot. Tajuk tak sama dengan berita, sila baca,” katanya pada hantaran Facebook.

Semalam media melaporkan, beberapa buah bot yang menyertai misi kemanusiaan GSF terpaksa menarik diri dalam pelayaran ke perairan Gaza, sekali gus menyebabkan rombakan besar perlu dilakukan sebelum misi dapat diteruskan.

Tuan Asri yang turut menyertai misi tersebut dipetik berkata, setakat pukul 12 tengah hari (waktu di Laut Mediterranean), flotila itu sudah tiba di selatan perairan Greece, melibatkan hampir 30 bot.

“Kalau mengikut perancangan, kita sepatutnya jalan terus dan tidak berhenti di Greece, tetapi ada sebab tertentu semalam. Beberapa jumlah kapten dengan pembantunya menarik diri (daripada menyertai misi) menyebabkan rombakan perlu dibuat.

“Kita tidak tahu lagi jumlah sebenarnya (bot dan peserta terlibat) dan sebab mereka menarik diri, jadi penganjur kena pindahkan semula penumpang memasuki bot lain atau kapten baharu termasuk bot yang saya naiki,” katanya ketika dihubungi satu portal berita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI