fbpx
FODEN dilihat semakin menemui sentuhan terbaiknya musim ini apabila turut meledak satu gol ke atas Huddersfield kelmarin. - AFP

Man. City terus tagih magis Foden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akan terus mengharapkan magis Phil Foden untuk menghadapi cabaran Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad malam ini.

Foden sedang berada pada prestasi terbaik apabila menyumbangkan satu gol buat City ketika menewaskan Huddersfield 2-0 dalam saingan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris kelmarin.

“Phil bermain di belakang penyerang dan dia berjaya menghadirkan ancaman kepada pasukan lawan. Kita sudah melihat aksi Phil dalam beberapa perlawanan ketika pasukan kami bermain dengan baik.

“Saya fikir dia bermain dengan baik di mana apabila dia bermain lebih bebas dan berada di kawasan berhampiran kotak penalti lawan, dia sentiasa mampu menghadirkan sesuatu yang unik.

“Saya individu yang tidak gemar untuk menurunkan pemain sama dalam tiga perlawanan. Namun, yang pasti saya mahukan pemain tampil lebih konsisten,” katanya.

Dalam masa sama, Guardiola juga mengharapkan bintang sensasinya, Erling Haaland kembali cergas sepenuhnya selepas dilaporkan mengalami kecederaan belakang ketika seri 1-1 dengan Arsenal baru-baru ini.

“Saya harap dia boleh bermain pada aksi hujung minggu kerana kami berdepan minggu yang sukar terutamanya apabila ada pemain yang cedera.

“Jadi saya harap dan merasakan dia akan kembali pada keadaan terbaik untuk bermain pada perlawanan dengan Burnley,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN