fbpx
Sundra Rajan

Rugi RM17,800, scammer tiru suara anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila wang simpanan sebanyak RM17,800 lebur gara-gara terpedaya dengan suara seorang lelaki yang menyamar sebagai anaknya, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, sebelum kejadian mangsa yang berusia 60 tahun telah dihubungi suspek yang menyamar sebagai anaknya menggunakan nombor tidak dikenali.

Katanya, lelaki itu mendakwa kononnya telefon bimbitnya telah hilang, manakala dompetnya dicuri.

“Suspek kemudian memberitahu ingin meminjam wang daripada mangsa untuk membuat pembayaran kepada pembekal barangan perniagaan.

“Disebabkan suara suspek seakan-akan suara anak lelakinya, mangsa kemudian telah memasukan wang sebanyak RM18,700 ke dalam akaun yang diberikan lelaki tersebut,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Sundra, selepas membuat transaksi itu, suspek masih meminta wang daripada mangsa menyebabkan warga emas itu berasa curiga.

“Mangsa telah menghubungi anaknya di talian nombor yang sebenar dan diberitahu bahawa dia sedang bekerja serta tidak pernah menelefon untuk meminjam wang.

“Dia yang menyedari telah ditipu terus membuat laporan polis di Balai Polis Tengkera pada keesokannya,”katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI