fbpx
Gambar hiasan

Penuntut universiti didenda RM10,000 buat penghantaran video lucah dalam X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video lucah menerusi akaun X miliknya, tahun lalu.

Hakim Suhaila Haron mengenakan denda tersebut terhadap ke atas lelaki berusia 24 tahun itu selepas dia selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan OKS
membayar bayaran denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video yang lucah dengan niat untuk mengganggu orang lain, menggunakan perkhidmatan aplikasi X melalui akaun X, di sebuah kediaman di Shah Alam, Selangor, pukul 10.45 malam pada 1 Mac 2024.

Hantaran tersebut dilihat di sebuah kondominium di sini, pada 11 pagi, 4 April tahun lepas, yang mana kesalahan itu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunimasi dan Multimedia (MCMC) Fadhli Ab Wahab memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada OKS dengan mengambil kira kesan kandungan lucah di media sosial terhadap negara amat serius kerana ia menyentuh aspek moral.

“Generasi muda pula menjadi kumpulan paling terkesan kerana mudah terdedah kepada media sosial. Jika dibiarkan, hal ini akan melahirkan generasi yang lemah dari segi akhlak, kurang daya tahan moral dan hilang fokus, seterusnya menjejaskan pembangunan modal insan negara.

“Mahkamah juga boleh mengambil maklum bahawa terdapat peningkatan ketara dalam kes penghantaran komunikasi lucah di media sosial. Jika tindakan tidak diambil dengan tegas, ia akan membuka ruang kepada kelaziman kelakuan seperti ini (pervasive behaviour),” kata Fadhli.

Peguam Nurshah Kamarudin yang mewakili OKS memohon hukuman rendah atas alasan anak guamnya tidak mempunyai kesalahan lampau selain dia menyesal dengan perbuatannya itu dan telah insaf serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi

“Pengakuan bersalah OKS telah menjimatkan masa serta kos mahkamah. Mahkamah juga perlu mengambil kita OKS telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan selain ibunya seorang kerana manakalanya ayahnya pembantu restoran yang perlu menanggung enam anak,” katanya yang mengendalikan kes itu bersama peguam Muhammad Iman Azhar.

Berdasarkan fakta kes, seorang pegawai forensik digital MCMC telah membuat data preservasi ke atas akaun X tersebut.

Hasil analisis forensik menemui maklumat nama dan kandungan video lucah yang di muat naik tersebut di dalam telefon bimbit yang dirampas daripada tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN