fbpx
Janna Nick dan suami, Dini memilih untuk menghuni kediaman lengkap berperabot dengan kadar sewa RM22,690 sebulan di UK.

Sewa rumah Janna Nick di London RM22,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas meninjau beberapa rumah di London, pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann memilih untuk menghuni kediaman lengkap berperabot dengan kadar sewa RM22,690 sebulan.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata, mereka gembira apabila akhirnya dapat mendiami tempat idaman seperti yang diingini suaminya.

“Hari ini pindah rumah. Rasa tak sabar dan gembira. Ini juga kediaman idaman Dini. Selamat datang ke rumah kami,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Menerusi video dikongsikan aktres juga penerbit itu, rumah sewa mereka hanya sekitar 200 meter dari tempat Airbnb atau penginapan sementara ketika mereka tiba di London, baru-baru ini.

“Ini Airbnb yang kami sudah tinggal selama dua minggu dan di sana rumah sewa kami. Terima kasih kepada tuan rumah, Dino yang tolong angkat beg,” ujarnya.

Dalam video itu juga kelihatan Dini mengangkut beberapa bagasi milik mereka menaiki tangga ke kediaman yang berada di aras satu.

Sikap lelaki budiman serta melindungi insan kesayangan jelas terserlah dalam diri aktor berusia 30 tahun itu apabila tidak membenarkan isterinya melakukan kerja berat.

Menerusi semakan, kediaman pilihan pasangan terbabit mempunyai dua bilik tidur, dua kamar mandi, dapur lengkap peti sejuk dan mesin basuh serta kabinet.

Sebelum ini Janna dan Dini sudah meninjau beberapa premis kediaman termasuk berhampiran pusat pengajian pilihan aktres berkenaan sebaik mereka mengambil keputusan untuk berpindah sementara United Kingdom.

Menurutnya, urusan menyewa rumah di negara berkenaan tidak semudah yang disangka kerana terdapat syarat ketat yang perlu dipatuhi.

Jika mengikut pertukaran mata wang, kadar sewa rumah di kawasan yang disinggahi mencecah antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan bersandarkan faktor tertentu.

Terdahulu, pemilik rumah produksi Janna Nick Studios itu memaklumkan dia dan suaminya akan tinggal di luar negara bagi menyambung pengajian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN