PETALING JAYA – Ujian air kencing ke atas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan di kediamannya, semalam didapati positif dadah.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh pihak berkaitan dan siasatan lanjut masih dijalankan
“Suspek ditahan kerana memiliki dadah selain ujian air kencing juga positif,” pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan mengesahkan penahanan lelaki berusia 30-an itu.
Menurutnya, suspek direman tiga hari sehingga 25 September.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pegawai SPRM ditahan polis di kediamannya semalam kerana disyaki memiliki dadah.
SPRM berkata, individu tersebut baharu sahaja melaporkan diri pada minggu lalu untuk bertugas di SPRM. – KOSMO! ONLINE