fbpx
HAKIM DANISH bakal meraih pengalaman beraksi dalam saingan Moto3 selepas diberikan tiket wildcard pada GP Malaysia bulan depan.

Impian Hakim Danish akhirnya terlunas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish akan membuat penampilan sulung sebagai pelumba wildcard dalam kelas Moto3 pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), bulan depan.

Penyertaan itu bakal menjadi detik bersejarah buat karier Danish dan sukan permotoran tanah air apabila anak jati Malaysia berusia 17 tahun itu tampil menentang pelumba terbaik dunia di hadapan penyokong sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menyifatkan peluang tersebut sebagai ganjaran layak buat Danish selepas tiga tahun Malaysia menantikan pengganti Syarifuddin Azman atau Damok di pentas Moto3.

“Danish benar-benar layak mendapat wildcard ini. Dia adalah hasil terbaik pelan pembangunan MDEV (Motorsports Development), bermula dari akar umbi hingga ke pentas dunia. Saya jemput semua peminat datang ke Sepang untuk menyokong juara masa depan kita,” katanya.

Danish mula menapak daripada Kejuaraan SIC MiniGP sebelum mencipta kejayaan di Asia Talent Cup, European Talent Cup, Red Bull MotoGP Rookies Cup dan FIM JuniorGP, sekali gus membuktikan konsistensinya di persada antarabangsa.

Antara pencapaian cemerlangnya termasuk muncul juara keseluruhan SIC MiniGP pada 2020, menjuarai Asia Talent Cup 2022 serta melakar sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama memenangi perlumbaan dan podium berganda di Red Bull MotoGP Rookies Cup.

Tahun ini, Danish menutup saingan Rookies Cup dengan kedudukan ketiga terbaik keseluruhan, menjadikannya pelumba Malaysia pertama meraih pencapaian tersebut sejak penyertaan negara dalam siri pembangunan MotoGP itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI