fbpx
Siti Bainun

Peguam persoal Siti Bainun dipindahkan ke penjara di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali mempersoalkan tindakan Penjara Kajang yang secara tiba-tiba memindahkan wanita itu secara dari Penjara Kajang ke Panjara Sungai Udang di Melaka.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Nur Aminatul Mardhiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun hari ini, pihaknya terkejut dengan perkara itu kerana pemindahan itu dibuat tanpa sebarang permohonan daripada pihaknya.

“Pihak kami telah dihubungi oleh seorang individu (identiti dirahsiakan) pada 23 September 2025 pukul 9.50 pagi dan memaklumkan anak guam kami Siti Bainun secara tiba-tiba dibawa ke pejabat RO Penjara Kajang dan dijalankan pemeriksaan ‘Fit To Travel’ pada 22 September 2025.

“Lanjutan dari itu, pada 23 September secara tiba-tiba anak guam kami telah dipindahkan ke penjara Sungai Udang, Melaka tanpa permohonan dari mana-mana pihak termasuk keluarga, peguam mahupun anak guam sendiri kerana keluarga semuanya berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu rawatan luar masalah kesihatan anak guam kami juga dijalankan di Hospital Kajang,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, selepas mendapat pemakluman tersebut, pihaknya telah menyemak dengan Penjara Kajang dan hanya diberikan surat tanpa sebarang kenyataan sebab atau adakah pemindahan itu telah melalui proses di bawah mana-mana peruntukan Akta Penjara.

Dalam pada itu, kenyataan lanjut juga menyatakan di Malaysia, pemindahan banduan dari satu penjara ke penjara lain memang dibenarkan di bawah Akta Penjara 1995 dan peraturan-peraturan berkaitan dan pemindahan biasanya diputuskan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia atau dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

“Tapi dalam kes ini kami tidak pernah dimaklumkan berkaitan apa-apa permohonan yang dibuat bagi maksud pemindahan ini dan sehingga kenyataan media ini dikeluarkan kami tidak mempunyai pengetahuan atas sebab dan alasan mengapa anak guam kami di tempatkan di Penjara yang berjauhan dari keluarganya dan sukar untuk mereka melawat serta jauh dari hospital di mana rawatan luar ke atasnya di jalankan.

“Kami sedang dalam proses untuk memfailkan aduan rasmi dan seterusnya membuat semakan atas perkara ini sekiranya penjara gagal memberikan penjelasan dan melanggar peruntukan di bawah Akta Penjara atau mana-mana undang-undang berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, Siti Bainun kekal dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Rayuan atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella empat tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah selepas menolak rayuan akhir Siti Bainun,33, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

Dalam penghakimannya, Azman berkata, panel mahkamah mendapati tiada apa-apa kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi atas dapatan terperinci hakim Mahkamah Sesyen.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI