fbpx
SEORANG buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan merogol adik iparnya. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

Buruh didakwa ‘ratah’ adik ipar muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Pontian tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 31 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Zainol.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun ketika kejadian di Benut, Pontian pada pukul 9 pagi, awal Julai 2024. Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan jaminan RM20,000 kerana mangsa merupakan adik ipar tertuduh.

Peguam Mohamad Isa Mohamad Basir bagaimanapun merayu mahkamah memberi jaminan rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menerima upah secara harian.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan berserta tiga syarat tambahan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN