PETALING JAYA – Siri HONOR X secara rasmi menerima gelaran telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia bagi tiga tahun berturut-turut, hasil gabungan kualiti produk, ketahanan luar biasa dan keyakinan jutaan pengguna tempatan.
Sejak pelancaran HONOR X9 pada 2022, slogan ‘Lagi Tahan, Lagi Best’ berjaya meraih kepercayaan rakyat Malaysia yang mahukan telefon lasak dan tahan lama.
Bermula dengan HONOR X9a yang terkenal dengan skrin melengkung paling kukuh, diikuti HONOR X9b sebagai model terlaris, dan HONOR X9c 5G yang digelar sebagai ‘Raja Tahan Jatuhan’, terus menguasai pasaran.
Pada 2023, HONOR X menguasai 33 peratus pasaran kelas pertengahan dan melonjak kepada 55 peratus tahun ini yang aman bagi setiap dua telefon kelas pertengahan yang dijual, satu daripadanya adalah HONOR X.
Model terbaharu, HONOR X9d 5G, mencipta rekod sebagai telefon pintar pertama di dunia dengan Pensijilan SGS Triple Resistant Premium, sekali gus menjadikannya tahan jatuhan, kalis air dan debu.
Ia juga mencatat sejarah sebagai telefon pertama dengan penarafan IP69K selain mampu menahan semburan air bertekanan tinggi dan terendam sehingga sebulan.
HONOR turut memperkukuh ketahanan melalui kaca ultra-tempered, bingkai penyerap hentakan berinspirasi kalis peluru serta struktur enam lapisan yang meningkatkan daya tahan impak lebih 100 peratus.
HONOR X9d hadir dengan bateri 8,300mAh, terbesar dalam pasaran, yang mampu bertahan sehingga tiga hari penggunaan. Ia menyokong pengecasan pantas 66W serta fungsi reverse charging untuk bertindak sebagai ‘powerbank’.

Dilengkapi dengan skrun OLED generasi baharu dengan kecerahan puncak 6,000 nits memastikan paparan jelas di bawah cahaya matahari.
Teknologi Eye Comfort termasuk 3840Hz PWM Dimming dan AI Circadian Display pula menjaga keselesaan mata.
Sistem kamera utama 108 megapixel Ultra-Sensing dengan bukaan aperture f1.75 dipadankan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti AI Eraser, AI Outpainting dan AI Face Tune untuk hasil foto lebih kreatif.
HONOR X9d turut dilengkapi pembesar suara dwi-bass dengan mod Ultra Volume sehingga 400% lebih kuat.
Dari segi prestasi, ia dipacu cip Snapdragon 6 Gen 4 dengan peningkatan GPU 29 peratus dan CPU 11 peratus selain sistem penyejukan besar berkeluasan 29,500mm².
Untuk ketenangan pengguna, HONOR menyediakan perlindungan menyeluruh termasuk 365 hari perlindungan retak depan dan belakang, jaminan kerosakan cecair setahun serta tambahan waranti setahun.

HONOR X9d 5G ditawarkan pada harga bermula RM1,499 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,146 termasuk tablet HONOR Pad X7 bagi pra-tempahan hingga 9 Oktober ini.
Telefon pintar ini sudah pun mencuri perhatian ramai, termasuk mendapat pujian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika pratonton eksklusif baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman rasmi HONOR Malaysia di Facebook. – KOSMO! ONLINE