fbpx
Amir Hamzah (tengah) ditemui media pada Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois 2025 (Siri 2) di Menara HASiL Pulau Pinang, hari ini. Gambar/Danial Saad

Ada mekanisme elak isian berulang setiap hari – Amir Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kerajaan akan memperkenalkan beberapa mekanisme tambahan bagi memastikan golongan yang menerima subsidi petrol RON95 tidak menyalahgunakan kemudahan itu termasuk membuat isian berulang kali dalam tempoh sehari.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha memastikan subsidi berkenaan benar-benar dinikmati rakyat yang layak bukannya pihak lain termasuk warga asing atau pihak yang mengambil kesempatan.

”Kerajaan akan perkenalkan beberapa mekanisme tambahan di mana kita tidak akan membenarkan mereka yang buat banyak kali penggunaan petrol subsidi dalam sehari, kita akan terangkan mengenainya nanti,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Mega e-Invois Siri Kedua Tahun 2025, di Menara Hasil di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata, kerajaan juga mempunyai rekod lengkap penggunaan termasuk jumlah isian petrol yang dibuat oleh individu dalam sehari atau sebulan sekali gus membolehkan pemantauan selepas pelaksanaan dibuat.

Dalam pada itu, beliau menolak kebimbangan stesen minyak mungkin tidak bersedia sepenuhnya apabila subsidi bersasar itu dikuatkuasakan hujung bulan ini.

”Sebenarnya projek ini sudah lama disiapkan. Kerajaan bersama syarikat minyak telah bekerjasama sejak hujung tahun lalu untuk memastikan semua sistem berjalan lancar,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN