fbpx
Gambar hiasan

Pengguna di Terengganu guna air bawah 35 m³, bil tidak melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pengguna Terengganu disaran agar berhemah dalam penggunaan air bagi mengelak bil melambung ekoran pelarasan tarif baharu berkuat kuasa awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, kadar tarif baharu hanya memberi impak kecil bagi pengguna menggunakan maksimum 35 meter padu (m³) sebulan.

Beliau berkata, penggunaan 35 m³ sebulan tersebut ideal bagi isi rumah sehingga enam orang.

“Saya nasihatkan pengguna supaya memastikan penggunaan air tidak melebihi 35 meter padu.

“Kalau rumah biasa, kenaikan sekitar RM20 sahaja. Sebagai contoh, bil air rumah saya sebelum ini sekitar RM100, sekarang jadi RM121,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kosmo! 13 September lalu melaporkan ramai pengguna Terengganu terkejut dan mengeluh setelah mendakwa mengalami kenaikan antara 50 hingga 80 peratus bil air berikutan pelarasan tarif pengguna domestik mulai 1 Ogos lalu.

Hanafiah berkata, pelarasan kadar baharu bil air yang diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu tidak membebankan pengguna dan masih antara terendah di negara ini.

Beliau memberitahu caj pengunaan air bawah 30 m³ di Terengganu cuma RM30.10 berbanding Kedah (RM31), Pahang (RM31.20), Kelantan (RM31.50) dan Perlis (RM32.70). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI