fbpx
Lih Kang (berdiri tengah) ketika hadir merasmikan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Utara di UiTM Merbok, dekat Sungai Petani hari ini.

60 peratus pelajar disasar masuk aliran STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pelajar di negara ini memasuki aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor berteknologi tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, kadar semasa menunjukkan kira-kira 50 peratus pelajar telah memilih aliran tersebut dan jumlah itu meningkat daripada hanya 40 peratus, dua tahun lalu.

“Peningkatan ini positif, namun jumlah itu masih belum mencukupi berbanding permintaan industri yang semakin beralih kepada teknologi intensif. Oleh itu, kita mahu lebih ramai pelajar menyertai aliran STEM bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Utara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, dekat sini hari ini.

Menurutnya, Malaysia Techlympics yang merupakan acara tahunan dan program flagship Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya menarik minat pelajar untuk mendekati bidang sains dan teknologi melalui pendekatan kreatif serta pertandingan berasaskan inovasi.

Beliau berkata, sejak 2022, jumlah penyertaan ke dalam program itu mencecah purata 1.4 juta setahun dan tahun ini sahaja, angka itu melonjak kepada lebih 1.7 juta penyertaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI