fbpx
Ahmad Zahid

Harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter tindakan berprinsip – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keputusan Kerajaan Madani menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter merupakan satu tindakan yang berprinsip.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu juga satu tindakan yang penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.

“Sebagai sebahagian daripada kepimpinan negara, saya melihat keputusan ini sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.

“Insya-Allah, kita akan terus mendukung usaha kerajaan demi Malaysia yang lebih adil, mampan dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof pula berkata, beliau bersyukur kerana rakyat boleh mengisi RON95 pada harga lebih murah iaitu RM1.99 seliter.

Menurut beliau, bukan warganegara perlu membayar petrol tersebut pada harga pasaran sekitar RM2.60 seliter.

“Semua warganegara yang ada lesen memandu aktif terus layak menikmati subsidi secara automatik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI