fbpx
Dewinta (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Parit hari ini bagi menghadapi pertuduhan dengan cuai menyebabkan kematian anak lelakinya dalam kejadian pada Khamis lalu.

Ibu menangis teresak-esak, mengaku cuai tindih anak dua bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Seorang ibu enam anak didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian anak bongsunya yang berusia dua bulan minggu lalu.

Tertuduh, Dewinta Tefa, 36, berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Hukuman ke atas wanita Indonesia itu diputuskan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Terdahulu, tertuduh menangis teresak-esak di kandang pesalah sebaik ditunjukkan gambar bayi lelakinya, Arkan Andre Soveral Asit dan tempat kejadian.

Mengikut pertuduhan, Dewinta didakwa dengan cuai menyebabkan kematian anaknya di sebuah rumah di Jalan Sungai Jejawi, Kampung Sungai Dua, Kota Setia di sini pada pukul 5.30 pagi, 18 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Ameerul Nazhif Wan Zulfikri memohon hukuman setimpal dikenakan atas kecuaian wanita itu yang menyebabkan kematian anaknya.

Bagaimanapun, peguam Nurul Syuhada Mohd. Yusof berkata, tertuduh mempunyai enam anak dengan empat daripada mereka menetap di Indonesia, manakala anak kelima dan bongsu yang juga mangsa tinggal bersama anak guamnya dan suami di Malaysia.

Katanya, tertuduh yang berada di negara ini sejak 2022 tidak bekerja dan ditanggung suami yang bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM1,500 sebulan. 

Pada 20 September lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut dipercayai tertindih badan ibunya ketika tidur. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu kerana otak membengkak dan paru-paru sembab disebabkan oleh lemas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI