fbpx
Gambar di muat naik di Facebook Akmal Saleh hari ini.

Yang terbalikkan Jalur Gemilang masih bebas – Dr. Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jika mempertahankan Jalur Gemilang saya kena turun naik mahkamah, maka saya akan lawan habis-habisan.”

Demikian kenyataan terbaru Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung pendakwaan yang dikenakan terhadapnya di mahkamah.

Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.

“Yang terbalikkan Jalur Gemilang masih bebas. Tahniah, rakyat mampu menilai. Moga Allah berkati perjuangan ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Dr. Muhamad Akmal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Ogos lalu bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Pada 14 Ogos 2025, beliau dilaporkan mengetuai lebih 300 individu dalam satu perarakan sejauh 1.4 kilometer di Kepala Batas.

Perarakan itu bagi membantah tindakan sebuah kedai perkakasan mempamerkan bendera negara secara terbalik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI