fbpx
Anggota penyelamat mengangkat mayat pemuda yang ditemukan lemas selepas 38 jam SAR dijalankan.

Mayat pemuda jatuh jambatan ditemukan selepas 38 jam SAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Pemuda yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Sri Ampangan, Nibong Tebal malam kelmarin ditemukan lemas selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan hampir 38 jam, hari ini.

Mayat, P. Sukumaran, 29 dikatakan dijumpai tidak jauh dari lokasi dia terjatuh, kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

Operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dengan bantuan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Butterworth dan BBP Bagan Jermal.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.57 malam, Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa dipercayai telah terjun dari jambatan berkenaan ke dalam sungai dan meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 bersama dokumen pengenalan diri di lokasi kejadian.

Semalam, operasi SAR diteruskan bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam melibatkan dua bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan sebuah bot milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kawasan pencarian telah dibahagikan kepada dua sektor dengan menggunakan kaedah ‘Water Surface Searching’ dan ‘Vortex’ atau pusaran air di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjun sehingga radius satu kilometer. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI