fbpx
Anggota polis membawa Mohd. Haziman (dua dari kanan) ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Penjual buah bebas tuduhan memiliki dua pistol, peluru tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penjual buah-buahan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah pada tahun lalu.

Hakim Zulkifli Abllah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd. Haziman Hikamarhakimi, 38.

“Saya putuskan pendakwaan gagal membuktikan intipati kedua-dua pertuduhan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya semasa membacakan penghakiman ringkas.

Mahkamah turut mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan senjata yang dirampas berada dalam milikan dan kawalan tertuduh selain terdapat percanggahan keterangan antara saksi utama iaitu pegawai penyiasat dan pegawai tangkapan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Haziman didakwa memiliki dua senjata api iaitu pistol Beretta Patented Gardone V.T buatan Itali dan revolver .357 Magnum Cartridge Colt’s PT FA MFG CO Hartford Conn USA di sebuah rumah di Kampung Tanjung Chat di sini kira-kira pukul 11 malam pada 12 Mac 2024.

Berdasarkan pertuduhan kedua, Mohd. Haziman dituduh menyimpan pelbagai jenis peluru tanpa lesen sah iaitu 24 butir 9MM Luger A USA, sembilan butir 9MM Luger NRC, lima butir 9MM Thai Arms, 18 butir .357 Mag Ap, sebutir .357 Mag A USA dan sebutir 9MM Luger PMC di lokasi sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd. Haziman didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37). Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Geethan Ram Vincent. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI