fbpx
ARA dan Aziz M. Osman menarik diri daripada program Talk To My Manager pada konsert minggu keempat.

Patutlah tarik diri, Ara nak masuk ‘U’ umur 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPUTUSAN peserta Talk To My Manager (TTMM), Ara Aziz atau nama penuh Puteri Nur Azzahra Aziz berundur daripada program realiti itu pada minggu keempat mengejutkan ramai.

Bahkan bapanya merangkap pengurus, Aziz M. Osman menyokong pendirian remaja berusia 14 tahun itu kerana menyedari forte anaknya lebih kepada lakonan dan pengacaraan, bukan nyanyian.

Diva pun hormat keputusan gadis terbabit. Itu menunjukkan Ara mempunyai tahap sedar yang tinggi. Dia tahu kemampuannya, tambahan pula peserta lain memang menyanyi merupakan kekuatan mereka.

Tetapi perkara yang membuatkan Diva berbangga dengan Ara adalah semangatnya untuk memasuki universiti pada usia 15 tahun nanti menerusi saluran ‘fast track’ dalam bidang psikologi.

Sejuk rahim ibu. Katanya kecenderungan itu didorong minat mendalam terhadap kompleksiti otak manusia. Semangat macam ini yang kita mahu.

Biarpun Ara turut ingin bergelar pelakon dan hos terkemuka, dia sudah mempunyai perancangan rapi untuk ke menara gading.

DIVA: Sokong selebriti muda yang letakkan pelajaran di tempat teratas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN