fbpx
Azlikamil (dua kanan) menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik penyerahan bantuan berkenaan di Sungai Panjang, di Sabak Bernam, hari ini.

Pahang, Sabah dan Sarawak dicadang jadi tapak pelancaran roket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Tiga lokasi di Pahang, Sabah dan Sarawak dikenal pasti sebagai cadangan pembinaan tapak pelancaran roket selaras pelan pembangunan sektor angkasa negara seawal 2029.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MySA), Datuk Azlikamil Napiah berkata, semua lokasi itu dicadangkan tiga pihak yang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek berkenaan.

“Satu laporan kajian dihantar kepada MySA bulan ini dan proses penilaian akan dilakukan dalam masa 90 hari.

“Banyak pihak berminat (dengan projek itu), namun MySA bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyediakan garis panduan bagi kajian dan pelaksanaan dasar,” katanya pada program Kampung Angkat Madani MySA di Sungai Panjang di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Pahang menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) akan bekerjasama dengan China Great Wall Industry Corporation (CGWIC) dan Lestari Angkasa Sdn. Bhd. bagi membangunkan Pelabuhan Angkasa Antarabangsa pertama di Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, Azlikamil berkata, pembinaan projek mega itu merupakan peluang ekonomi strategik bagi negara di rantau Asia Tenggara.

“Pelancaran roket di Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa memendekkan masa dan mengurangkan kos perjalanan ke lokasi geo angkasa lepas. Selain pembinaan tapak pelancaran, bandar angkasa akan diwujudkan bagi menempatkan kawasan perindustrian sektor tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, projek mega itu sebahagian daripada Dasar Angkasa Negara 2030 yang meletakkan tiga matlamat utama termasuk mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu peratus atau RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI