fbpx
Antara pekerja asing yang ditahan dalam serbuan terbabit.

Pusat urut di Johor diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik beberapa pusat urut dan refleksologi menggaji pekerja asing terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen (JIM) dalam operasi di Johor Bahru, Johor semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi pukul 6 petang ke atas tiga premis itu disertai 47 pegawai dan anggota penguat kuasa Bahagian Penguatkuasaan Putrajaya dan Johor diketuai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman.

“Seramai tiga lelaki tempatan dipercayai penjaga premis ditahan selain 115 individu yang berada di dalam premis berkenaan turut diperiksa.

“Seramai 54 pekerja asing ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk seorang lelaki Indonesia, Myanmar (5), Bangladesh (2) dan China (1). Turut ditahan adalah 32 wanita Thailand, lapan wanita China serta masing-masing seorang wanita Myanmar, Vietnam dan Laos.

“Mereka yang berusia 19 hingga 59 tahun dipercayai bekerja sebagai tukang urut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan turut mendapati salah sebuah premis diserbu menyediakan bilik sauna dengan bayaran RM92 hingga RM180 bagi pakej urutan, manakala pakej bilik sauna mencecah RM300.

Kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut dan sebanyak 15 Borang 29 (saman kepada saksi) turut dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI