fbpx
LANGKAH Jun hao pada kejohanan China Masters tersekat di pusingan kedua selepas tewas kepada Shi Feng. - AFP

China Masters: Shi Feng sekat kemaraan Jun hao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiada lagi kelibat perseorangan lelaki negara pada Kejohanan Badminton China Masters selepas Leong Jun Hao tersingkir di pusingan kedua.

Pada perlawanan yang berlangsung di Shenzhen Arena sebentar tadi, pemain berusia 26 tahun itu akur tewas 11-21, 21-19, 8-21 kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng.

Turun menentang pilihan keempat yang menerima sokongan padu penyokong sendiri nyata bukan satu tugas mudah buat Jun Hao apabila dilihat agak bergelut sepanjang perlawanan.

Walaupun tewas di set pertama, namun bekas juara remaja Asia itu berjaya bangkit dan memenangi set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun, aksi Jun Hao di set ketiga sedikit hambar biarpun bermula agak baik apabila Shi Feng dilihat menguasai sepenuhnya permainan sebelum melengkapkan kemenangan.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan ketujuh Jun Hao kepada Shi Feng dalam lapan perlawanan dengan dua pertemuan terakhir turut memihak kepada pemain China itu.

Kali terakhir Jun Hao menang ke atas lawannya itu adalah ketika mencatat kemenangan di pusingan pertama pada Terbuka India Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI