fbpx
TERTUDUH dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas kesalahan menerima suapan berjumlah RM5,000, tiga tahun lalu. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

Terima rasuah RM5,000, kena denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang bekas pembantu operasi didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas selepas didapati bersalah menerima rasuah RM5,000 tiga tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Rizuan Muhamad, 42, membuat pengakuan bersalah atas tuduhan pilihan kedua dan ketiga.

Tertuduh sebagai penjawat awam Pembantu Operasi N11 yang memangku tugas Pembantu Kemahiran H19 di Kolej Matrikulasi Melaka didakwa menerima suapan wang RM5,000 daripada seorang lelaki berusia 43 tahun.

Suapan itu sebagai dorongan untuk memperakui perakuan siap kerja bagi kerja pembaikan jenang dan tingkap di institusi tersebut yang bernilai RM484,580.

Kesalahan dilakukan di kawasan Kampung Padang, Pokok Mangga di sini pada 15 Ogos dan 28 September 2022. Dia didakwa mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun peguam Alif Ahmad Tarmizi merayu hukuman berbentuk denda yang munasabah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan atau lima bulan penjara jika gagal bayar. Hakim turut memerintahkan telefon bimbit dan pasport dikembalikan kepada tertuduh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN