fbpx
SALINA (kiri) melawat kawasan terjejas banjir dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Behrang, Tanjung Malim yang telah pulih sepenuhnya hari ini.

Tebatan, sistem amaran atasi bencana banjir di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Taburan hujan tinggi menyebabkan bencana banjir dan kejadian kepala air di beberapa perkampungan di daerah ini sejak Isnin lalu namun telah pulih sepenuhnya hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin berkata, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bernam sedang berjalan bagi mengatasi masalah banjir dan risiko berlaku kejadian kepala air.

“RTB Sungai Bernam yang menelan belanja sebanyak RM7 juta itu melibatkan lokasi penempatan berdekatan sungai iaitu Kampung Kuala Slim, Kampung Kelawar, Kampung Ketoyong Kampung Simpang Empat Dalam dan Behrang Stesen.

“Ini memastikan Sungai Bernam tidak melimpah sekiranya berlaku hujan lebat yang menyebabkan kenaikan paras air di kediaman penduduk,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, alat amaran banjir telah dipasang di Kampung Chinggung dan Pekan Trolak sebagai mekanisme amaran awal sekiranya berlaku bencana itu.

“Sistem itu lengkap dengan amaran siren yang menghubungkan pihak keselamatan dan ketua kampung sebagai langkah kecemasan awal.

“Kami juga bercadang untuk mewujudkan sistem amaran kepala air di Sungai Bil dan Ulu Slim kerana kerap berlakunya kejadian itu di situ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI