fbpx
Mohd. Yusoff (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Remaja 19 tahun dalang edar pil kuda, ketum RM1.6 juta dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai menjadi dalang dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda dan daun ketum bernilai RM1.6 juta dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Desa Rahmat, Mukim Pauh Panji dekat sini pada minggu lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 10 September lalu itu, ibu dan kakak kepada remaja berkenaan yang masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an dan 60-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan di dalam rumah tiga beranak itu menjumpai sebanyak 108,000 biji pil kuda dan 37 kilogram (kg) daun ketum.

Menurutnya, siasatan mendapati, remaja tersebut bergiat aktif dengan kegiatan pengedaran dadah dan ketum sejak Mei lalu.

“Suspek disyaki menjadikan rumah keluarganya sebagai lokasi untuk menyimpan kesemua dadah tersebut sebelum diedarkan kepada pelanggan di negeri ini.

“Hasil siasatan mendapati, kesemua dadah itu berada di bawah pemilikan remaja terbabit manakala ibu dan kakaknya pula tidak mengaku terlibat dengan kegiatan pengedaran pil kuda tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN