fbpx
Keadaan mayat Ahmad Suhaimi yang maut selepas kenderaan Mitsubishi Storm dinaikinya dirempuh sebuah lori ayam di KM 250.8, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Jabor, Kemaman hari ini.

Lelaki maut, Mitsubishi Storm dirempuh lori ayam di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang lelaki maut, manakala lima termasuk isteri dan dua anaknya cedera ringan selepas kenderaan jenis Mitsubishi Storm yang dinaiki dirempuh lori di Kilometer 250.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Plaza Tol Jabor, di sini hari ini.

Nahas pada pukul 7.41 pagi itu mengorbankan Ahmad Shuhaimi Kadir, 50. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, ketika kejadian, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Impianku, Kuantan dari Kuala Terengganu.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dikatakan memberhentikan Mitsubishi Storm yang dipandunya secara tiba-tiba di tepi lebuh raya.

“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 31 tahun yang dalam perjalanan menghantar bekalan ayam mentah ke Kuantan dari Chukai gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Razi berkata, rempuhan itu menyebabkan Mitsubishi Storm tersebut terbalik. Mayat Ahmad Shuhaimi dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Pemandu dan kelindan lori menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama. Isteri dan dua anak si mati pula dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN