fbpx
Gambar hiasan.

Counter setting: Ibu, anak antara 8 pegawai penguat kuasa ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasangan ibu dan anak antara lapan pegawai agensi penguat kuasa yang ditahan dalam serbuan Op Rentas SPRM yang dijalankan serentak di empat negeri sejak Selasa lalu.

Dalam operasi itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 serta barang kemas bernilai kira-kira RM50,000 daripada kedua-dua pegawai berkenaan.

“SPRM turut merampas alat telekomunikasi berjumlah RM20,000, dua kereta bernilai RM106,000 serta dua motosikal bernilai RM20,000,” katanya dalam kenyataan di TikTok hari ini.

Menurutnya, enam lagi suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan dalam operasi itu.

“Daripada kumpulan suspek berkenaan, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM12,000 dalam mata wang Ringgit Malaysia, AS$5,000 (RM21,012.50) dan 2,360 baht (RM312.97).

“Turut disita lapan alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM29,000 serta barangan kemas dianggarkan bernilai RM200,000,” katanya.

Tambah kenyataan itu, akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai hampir RM1 juta turut dibekukan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, berkata semua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’.

“Suspek menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI