fbpx
KEADAAN kereta dipandu mangsa yang merempuh sebuah gerai selepas terbabas di Jalan Malim Jaya, Melaka awal pagi tadi.

Warga emas maut kereta terbabas rempuh gerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh sebuah gerai di Jalan Malim Jaya berhampiran sebuah stesen minyak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Chan Soa’a, 74, yang memandu kereta jenis Proton Arena disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah bulatan Malim menuju ke lampu isyarat Plaza Pandan Malim.

“Kenderaan mangsa telah terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah gerai di tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, ketika kemalangan berlaku, keadaan cuaca tidak hujan dan permukaan jalan dalam keadaan baik.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN