fbpx
Seorang mudir pondok ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Mudir direman lagi bantu siasatan amang seksual fizikal pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang mudir sebuah pondok di Tumpat, Kelantan ditahan sekali lagi semalam bagi membantu siasatan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz di Batu Rakit, Kuala Nerus di sini pada tujuh bulan lalu.

Lelaki berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Abuya tersebut ditahan di pekarangan sebuah madrasah di Wakaf Bharu, Tumpat pada pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mengesyaki suspek melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Beliau berkata, perbuatan tersebut disyaki berlaku di dalam sebuah pondok di Batu Rakit, Kuala Nerus pada pukul 9 malam, Februari lalu.

“Semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes seksual luar tabii dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.

“Dia telah direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kosmo! 12 September lalu melaporkan lelaki sama telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Pasir Pas atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah pada Jun 2024 hingga 20 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN