fbpx
PEMAIN Selangor FC meraikan jaringan Alvin Fortes (dua dari kiri) ketika membelasah Malaysian University 9-0 pada aksi kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

Piala FA: Selangor FC ‘kenduri’ gol atasi Malaysian University

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas membelasah Malaysian University 12-1 secara agregat di pusingan 16 terbaik.

Pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi, The Red Giants ‘berkenduri’ gol apabila membenam wakil Liga A1 Semi-Pro itu 9-0.

Pada perlawanan itu, bintang import baharu tuan rumah, Chrigor Moraes cemerlang merakam hatrik manakala Kevin Deeromram menyumbangkan dua gol.

Terdahulu, pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama apabila menyenaraikan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman di posisi penjaga gol bagi menggantikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi

Deeromram memulakan pesta buat tuan rumah apabila membuka jaringan seawal minit ke-12 sebelum Quentin Cheng menambah gol kedua, selang sembilan minit selepas itu.

Moraes memastikan pasukannya menutup aksi di 45 minit pertama dengan bergaya apabila meledak gol ketiga perlawanan ini pada masa kecederaan.

Kira-kira tiga minit selepas aksi bersambung, Deeromram sekali lagi cemerlang untuk menambah kelebihan buat Selangor FC.

Moraes melengkapkan dua lagi gol peribadinya dalam perlawanan ini pada minit ke-76 dan 80 manakala Alvin Fortes, Zach Clough, Zikri Khalilil turut menyumbangkan satu gol.

Di peringkat suku akhir, The Red Giants dijadualkan bertemu Negeri Sembilan yang menyingkirkan PDRM 5-1 secara agregat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI