fbpx
Ahmad Samsuri (kanan) bersalaman dengan sebahagian pengantin pada program Walimatulurus Perdana di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Sudah tiba masa Pas pimpin PN – Ahmad Samsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Pas berpendirian sudah tiba masanya parti tersebut mengambil alih tampuk kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu perlu diberi ruang untuk mengetuai blok pembangkang secara muafakat politik.

Beliau berkata, langkah politik itu akan memperkukuhkan lagi kerjasama dalam PN sekali gus memastikan kemenangan gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

“Sudah sampai waktunya Pas berbincang dengan rakan muafakat politik untuk Pas pula mengambil alih mengetuai kerusi ini secara muafakat politik.

“Pada peringkat ini yang menjadi keutamaannya ialah berusaha memperkukuhkan muafakat politik, berusaha memenangi pilihan raya dan isu siapa yang menjadi (calon) Perdana Menteri wajar diperbincangkan secara bersama sebagai muafakat PN,” katanya di Kuala Berang di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Walimatulurus Perdana tajaan kerajaan negeri Terengganu melibatkan 192 pasangan pengantin.

Ahmad Samsuri berkata, Pas sedar tidak boleh bergerak bersendirian kerana percaya kemenangan dalam pilihan raya akan datang hanya tercapai menerusi pengukuhan muafakat politik di seluruh negara.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, Muktamar Tahunan Pas Pusat berlangsung esok akan menumpukan aspek pengukuhan parti, isu ekonomi, keharmonian kaum dan hala tuju Pas sebagai parti nasional berkaliber. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN