JAKARTA – Sekumpulan remaja di Tanjung Pinang, wilayah Kepulauan Riau menerima kecaman orang ramai apabila bergambar bersama motosikal mereka di tengah jalan raya pada waktu malam, lapor portal berita Suara.
Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan kumpulan remaja itu terbaring di tengah jalan bersama sebuah motosikal yang ‘dibaringkan’.
Ketua Polis Trafik Tanjung Pinang, AKP Arbi Guna Bimantara berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung sejumlah remaja yang bergambar di tengah jalan raya.
“Mereka bergambar di Jalan Basuki Rahmat, Jalan Kota Piring sehingga Jalan WR Supratman.
“Saya harap perkara ini tidak berulang kerana boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
“Walaupun nak ikut trend, kami meminta agar anak-anak tidak berbuat sedemikian,” tambah Arbi. – AGENSI