fbpx
Fadhlina turut berkongsi tangkap layar hantaran di laman sosialnya.

Fadhlina buat laporan polis isu fitnah kaitkan dengan pengetua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Menurutnya, fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

“Setakat tepis dan nafi ternyata tidak menjadi pengajaran. Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya.

Fadhlina berkata, laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

Beliau pada masa sama mengingatkan agar tiada pihak membuat spekulasi serta menghormati keluarga Allahyarham Zara Qairina sementara menunggu proses undang-undang berjalan.

“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN