fbpx
Upacara pengebumian termasuk talkin ketika upacara pengebumian dua beradik di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, petang tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

2 beradik lemas: Bapa saksi upacara kebumi dari kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Bapa kepada dua beradik yang lemas selepas kereta dinaiki menggelongsor ke dalam Sungai Linggi, Khamis lalu dibenarkan melihat proses pengebumian jenazah anak-anaknya dari dalam kenderaan polis.

Suspek berusia 46 tahun itu tiba di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, di sini, dengan diiringi konvoi bersama polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada pukul 5.04 petang.

Difahamkan, suspek dibenarkan untuk melihat jenazah kedua-dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun sewaktu proses menguruskan jenazah di Unit Forensik, Hospital Port Dickson di sini.

Selain anggota polis dan kakitangan JHEAINS, ahli kariah dan penduduk Tanjung Agas termasuk saksi kejadian, Ade Mos, 47, hadir pada proses pengebumian tersebut. Turut hadir Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin.

Suspek melihat proses itu dari jarak kira-kira 20 meter dari kubur. Jenazah dua beradik itu dikebumikan dalam dua liang lahad.

Kenderaan yang membawa suspek beredar selepas jenazah anak-anaknya selesai dikebumikan pada pukul 5.30 petang.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI