fbpx
Gambar hiasan

UPU berdasarkan merit, tiada jaminan tempat untuk jurusan permintaan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemilihan pelajar ke universiti awam menerusi sistem UPU bukan bersifat perkauman, sebaliknya berasaskan merit sepenuhnya termasuk pencapaian akademik dan kokurikulum.

Menerusi hantaran oleh @Ahzaazzahra di laman X, dia menjelaskan ramai tersalah anggap apabila tidak ditawarkan jurusan utama, lalu menuduh sistem UPU tidak adil.

“UPU tak bersifat perkauman. Sistem ini berdasarkan merit, tapi jurusan yang tinggi permintaan memang tiada jaminan,” ujarnya.

Dia turut mempersoalkan tindakan pihak yang mendakwa ‘ditolak semua universiti’, sedangkan sebenarnya telah menerima tawaran, cuma bukan dalam dari universiti idaman.

“Cakap ditolak semua sedangkan dapat tawaran. Cuma bukan dari universiti atau jurusan pilihan. Ia adalah tindakan yang mementingkan diri sendiri dan mencipta drama yang tak perlu,” katanya.

Dalam satu hantaran susulan, @Ahzaazzahra turut menitipkan mesej sokongan kepada mereka yang kecewa.

“Tak dapat masuk universiti impian bukan kegagalan, ia cuma bermaksud laluan kamu berbeza. Normal untuk rasa sedih, tapi jangan biar ia halang kamu terus maju. Peluang lebih besar menanti dan perancangan Tuhan akan bawa kamu ke tempat yang sepatutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN