fbpx
Nasiruddin ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam pada prosiding lalu.

CEO GISBH, tiga lagi dijangka didakwa pengubahan wang haram hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan tiga lagi individu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Perkara itu disahkan peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili Nasiruddin, 66, ketika ditemui di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang hari ini.

“Hari ini ada pertuduhan AMLA (pengubahan wang haram) di Mahkamah Shah Alam melibatkan empat orang termasuk Nasiruddin,” kata peguam itu.

Sebelum ini, Nasiruddin serta 12 lagi pemohon tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Mereka ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 33, Mohd. Shukri Mohd. Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd. Fazil Md Jasin, 58, Mohd. Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Dengan keputusan itu, Nasiruddin dan 12 yang lain kekal dalam penjara hingga perbicaraan. Sementara itu, lapan tertuduh wanita termasuk isteri Nasiruddin yang didakwa atas pertuduhan sama dibenarkan diikat jamin.

Mereka ialah isteri Nasiruddin, Azura Md. Yusof, 58, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29, Nur Jannah Omar, 33, dan Siti Salmiah Ismail, 58.

Mengikut pertuduhan yang dibaca secara berasingan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings di Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 dan 11 September 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN