fbpx
ANWAR beramah mesra dengan pelanggan yang menebus Sara untuk membeli barang keperluan di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

PM puas hati sistem MyKasih kembali lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati apabila sistem terminal MyKasih kini beroperasi dengan lancar setelah mengalami kelewatan pemprosesan transaksi bagi penebusan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bermula 31 Ogos lalu.

Beliau berkata, sistem tersebut didapati sudah berfungsi dengan baik menerusi tinjauan yang dilakukannya di kaunter pembayaran di sebuah pasar raya di sini.

“Saya tengok kalau setakat tadi, bukan satu (transaksi) tetapi tujuh hingga lapan (transaksi), saya nampak ia berjalan baik. Cuma hari pertama dan kedua itu ada ‘glitch’ sedikit, sekarang ini nampak lancar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berkunjung ke Pasaraya Ekonomi Rakyat di Kupang, di sini hari ini.

Pada 1 September lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan sistem MyKasih mengalami kelewatan pemprosesan transaksi disebabkan berlaku lonjakan tinggi jumlah pembelian pada hari pertama penyaluran penghargaan Sara.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, barangan keperluan berasaskan Perusahaan Mikro Kecil Sederhana akan diberi perhatian untuk ditawarkan pembelian dengan menggunakan Sara.

“Kita sekarang galakkan tambahan produk-produk tempatan macam kopi Baling, kicap Kuala Kedah, Alor Setar ataupun Kelantan bagi memperluaskan lagi program ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI