fbpx
Mayat mangsa dibawa ke jeti selepas dijumpai pagi tadi.

Jasad lelaki hilang bersama bapa di laut ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KABONG – Jasad lelaki yang hilang bersama bapanya ketika menangkap ikan di laut pada 3 September lalu, ditemukan pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 24 tahun itu dijumpai oleh nelayan kampung pada jarak 3.4 batu nautika di laut Kabong, kira-kira pukul 9.58 pagi.

“Jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk proses pengecaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, mangsa bersama bapanya yang berusia 57 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke laut Kabong untuk menangkap ikan kira-kira pukul 2 petang, 3 September lalu.

Setakat ini, operasi pencarian bapa mangsa masih giat dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN