fbpx
SEKIRANYA tiada usaha pemuliharaan habitat dugong, mamalia ini bakal lenyap dalam peta marin Malaysia dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Lembu laut hampir pupus, tinggal 60 ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Spesies ma­malia marin herbivor dugong atau lebih dikenali sebagai lembu laut kini berada pada tahap kritikal apabila jumlahnya dianggarkan hanya sekitar 60 ekor yang masih bertahan hidup di perairan negara khususnya di Johor.

Ketua Pengarah Perikanan, Da­tuk Adnan Hussain berkata, an­caman utama terhadap ke­lang­sungan hidup dugong adalah ak­tiviti manusia seperti pelanggaran dengan bot, terperangkap dalam pukat serta kemerosotan habitat semula jadi.

“Penampakan pertama dugong di perairan Johor direkodkan pada tahun 1924, selepas itu tiada rekod susulan sehingga la­poran pemburuan oleh ma­sya­rakat Orang Asli Kampung Pendas, Gelang Patah.

“Rekod rasmi kedamparan dugong hanya bermula pada awal 1990-an.

“Populariti spesies ini mening­kat apabila seekor anak dugong yang dinamakan Tenang terpe­rangkap dalam jaring udang pada 25 Februari 1999 dan kemudiannya dirawat oleh nelayan tempatan,” katanya kepada Kosmo!

Menurut beliau, peristiwa ini menarik minat penyelidik dan mendorong tinjauan udara untuk mengenal pasti kehadiran dugong di perairan Johor.

Tambahnya, kajian pada tahun 1999 menganggarkan terda­pat sekitar 60 ekor dugong di ka­wasan perairan Johor, teruta­manya di sekitar pulau-pulau Taman Laut.

“Johor dikenal pasti sebagai ne­geri yang mempunyai populasi dugong terbesar diikuti oleh Sabah dan Sarawak.

“Sehingga tahun 2025, seba­nyak 25 insiden kedamparan dugong telah direkodkan di sepanjang perairan negara berdasarkan sumber dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penyelidikan dan pemuliharaan marin, MareCet Malaysia,” katanya.

Adnan berkata, sekiranya tia­da usaha pemuliharaan habitat dugong, mamalia ini bakal le­nyap dalam peta marin Malaysia da­lam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Pensyarah Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Antara­bangsa Singapura, Dr. Serina Ab­dul Rahman berkata, antara ak­tiviti manusia yang menyebabkan kemusnahan habitat dugong ialah penambakan laut dan me­ngorek (dredging) di kawasan ber­hampiran ataupun di padang rum­put laut.

Beliau yang juga pengasas Ke­lab Alami berkata, pembangunan persisiran pantai yang tidak ter­kawal boleh mengakibatkan degradasi atau kemusnahan kawasan rumput laut.

“Dugong lazimnya ditemui di perairan cetek yang kaya dengan rumput laut, sumber makanan utamanya. Spesies kegemaran seperti Halophilaspp. dan ­Ha­lodulespp. mudah dicerna ke­rana kandungan serat yang rendah dan nitrogen yang tinggi.

“Seekor dugong dewasa boleh memakan antara 28 hingga 40 kilogram rumput laut sehari.

“Habitat ini bukan sahaja pen­ting untuk dugong, tetapi juga menyokong biodiversiti marin lain seperti kuda laut, gamat dan spesies ikan juvenil.

“Malangnya, kawasan rumput laut semakin terancam akibat pembangunan pesisir, penambakan tanah, pencemaran, dan aktiviti pukat tunda,” katanya.

Selain itu katanya, pemanasan global turut menyebabkan suhu air laut menjadi panas sekali gus memberi kesan terhadap pembiakan rumput laut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, penduduk setempat ti­dak menolak pembangunan di pesisiran pantai, namun pembangunan tersebut perlulah se­imbang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN