fbpx
BEKAS Miss Universe 2021, Harnaaz tidak sabar menantikan reaksi penonton terhadap kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem mega Baaghi 4.

Ratu cantik makan sesudu aiskrim untuk gembira, rasa manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAAT mahkota Miss Universe 2021 tersarung indah di kepalanya, itu petanda buat jelitawan bernama Harnaaz Sandhu itu menakluk industri Bollywood.

Bakal muncul dengan filem pertama lakonannya, Baaghi 4 di samping aktor terkenal, Tiger Shroff, nama Harnaaz sedang disebut-sebut bakal menjadi bintang besar Bollywood.

Harnaaz merupakan pemenang Miss Universe ketiga dari India selepas Sushmita Sen (1994) dan Lara Dutta (2021). Dilahirkan di Chandigar, pakej Harnaaz memenuhi kriteria heroin Bollywood.

Sejak merangkul gelaran Miss Universe ramai peminat tidak sabar melihat aksinya di layar lebar.

Apabila trailer dan lagu-lagu daripada filem Baaghi 4 mula dipromosikan dalam media sosial, Harnaaz menuai pujian ramai.

Malah, ada yang melabel pelakon berusia 25 itu sebagai ‘The Next Priyanka Chopra’.

Ini kerana mereka berdua merupakan bekas ratu cantik dan sama-sama berketurunan Punjabi.

Harnaaz menerusi wawancara bersama Filmfare mengakui dirinya bertuah apabila langkahnya sebagai pelakon bermula bersama roduksi besar, Sajid Nadiadwalla.

Tanggungjawab

“Debut filem Hindi menerusi filem Baaghi 4 satu penghormatan dan tanggungjawab besar buat saya.

“Rumah produksi Sajid Nadiadwalla bukan calang-calang. Mereka menghasilkan banyak filem ‘blockbuster’.

“Francais filem Baaghi juga sangat popular. Filem itu sinonim dengan semangat, adrenalin dan pemberontakan emosi.

“Kalau dahulu ke panggung sebagai penonton, kini saya dapat menyumbang kepada legasi itu. Ini merupakan satu rahmat untuk saya.

“Saya juga telah menerima begitu banyak kasih sayang daripada penonton seluruh dunia sebagai Miss Universe.

“Malah, penampilan sulung di layar lebar adalah cara saya mengeratkan ikatan itu dengan menunjukkan sisi baharu diri dan kemampuan saya sebagai pelakon,” katanya.

Diminta mengulas tentang hero gandingannya, Tiger Shroff, Harnaaz seronok dapat bekerjasama dengan aktor yang tidak lokek ilmu dan sangat berdedikasi di lokasi penggambaran

“Tiger pelakon yang sangat berdisiplin. Lihat sahaja bagaimana dia menjaga kesihatan tubuhnya. Begitu juga dengan lakonannya.

“Setiap kali masuk set penggambaran, saya rasa seperti berada di kelas lakonan.

“Caranya membuatkan saya sentiasa rasa teruja dan ternanti-nanti untuk ke set penggambaran kerana mahu belajar banyak perkara tentang dunia lakonan.

‘Kru produksi pun banyak membantu saya,” ujarnya.

Pernah dicemuh gara-gara berat badan naik selepas bergelar Miss Universe 2021, Harnaaz menjelaskan ketika itu dia berdepan masalah kesihatan.

Disebabkan perkara itu dia dikecam hebat netizen bukan sahaja di India malah seluruh dunia.

Namun, kini dia kembali langsing seperti kali pertama menyertai pertandingan ratu cantik sehingga ramai terkejut menyaksikan transformasinya.

Dia juga dilihat tidak kekok berbikini dalam filem Baaghi 4.

Semuanya datang daripada hasil kerja kerasnya melakukan senaman dan diet yang tepat.

“Tiga perkara yang saya lakukan adalah meditasi, hidrasi dan memastikan diri dikelilingi tenaga positif.

“Dari segi diet pula saya suka hidangan yang dimasak di rumah yang mengandungi tinggi protein, banyak serat dan kekacang.

“Untuk kekalkan kegembiraan dan rasa seperti manusia, saya akan ambil sesudu aiskrim,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN