fbpx
SULTAN Sallehuddin (dua dari kiri) berkena. hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

Sultan Sallehuddin titah rakyat syukuri, pertahan keamanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah bahawa keamanan dan perpaduan yang dikecapi negara ketika ini adalah nikmat besar yang perlu disyukuri serta dipertahankan rakyat negeri ini.

Sultan Sallehuddin menyeru agar seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang terus memelihara keharmonian di samping saling menghormati antara satu sama lain.

“Dalam arus dunia yang serba mencabar ini, umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai ujian baik dari aspek moral, sosial, ekonomi mahupun ideologi.

“Maka, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memperkukuh jati diri, memperkasa institusi keluarga serta membentuk generasi muda yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

“Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi titik mula kepada kebangkitan semangat baharu dalam kalangan umat Islam di negeri ini untuk kembali kepada nilai-nilai murni Islam yang sebenar, dan terus istiqamah meneladani Baginda dalam setiap aspek kehidupan,” titah baginda.

Sultan Kedah bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Tahun 1447 Hijrah/2025 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut baginda turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Imam kepada Imam Masjid Jamek al-Ikram Kampung Tualang, Bukit Besar Yan kepada Mokthar Zakaria, 73, dan Anugerah Khas kepada pendakwah mualaf, Mohd. Naim Islam Abdullah, 59. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI