fbpx
Abdul Rashid

Pengerusi Tabung Haji Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, 79, diumumkan Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul pada sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2025 M hari ini.

Beliau dikenali sebagai hartawan menyumbang secara besar-besaran kepada infrastruktur Islam.

Antara sumbangan beliau ialah kepada Masjid A’ishah, Sungai Mengulu di Langkawi, Kedah yang dibina sekitar 1995, Masjid Hussain, Seremban 2

Dibina pada tahun 2014 serta Masjid Sri Sendayan, Seremban, yang dimulakan pembinaannya pada 2015 dan siap sepenuhnya pada 2019.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah kepada semua penerima anugerah.

Majlis berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI