fbpx
MINERVA sebak ketika menerima e-emel dari anaknya, David (gambar kecil) pada Jun lalu, tiga hari selepas kehilangannya.

Kandungan e-mel David Balisong runtun hati ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehilangan remaja Britain, David Balisong hampir tiga bulan sejak 7 Jun lalu masih menjadi tanda tanya meskipun visanya untuk berada di dalam negara ini tamat semalam.

Ibu remaja berkenaan, Minerva Balisong, 50, berkata, kali ter­akhir dia dihubungi David tiga hari selepas kehilangannya menerusi e-mel dengan anak sulungnya itu menyatakan dirinya berada di tempat yang selamat.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka bahawa remaja itu memberitahu untuk tidak mencarinya.

“Jangan cuba cari saya, kamu hanya membazirkan wang. Jangan risau tentang saya, tetapi te­ruslah doakan sebagaimana saya akan mendoakan kamu semua.

“Tolong jaga diri masing-ma­sing dan saya minta maaf kerana membuat kamu semua melalui hal ini. Saya hanya boleh berdoa agar kamu semua dapat memaafkan saya.

“Untuk kali terakhir dalam masa yang panjang, selamat tinggal, saya sayang kamu semua,” katanya menerusi e-mel yang dihantar pada 9 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Mi­nerva berkata, berdasarkan alamat e-mel itu, ia dipercayai menggunakan perkhidmatan sekuriti tertentu bagi mengelakkan penerima mengesan lokasi penghantar.

“Saya cuba hubungi David beberapa kali menerusi e-mel sehingga Ogos. Namun hingga kini tiada satu pun yang berbalas.

“Saya merayu kepada dia untuk terus berhubung dan memberitahunya bahawa kami tidak marah. Saya juga sudah maklumkan kepadanya yang saya berada di Kuala Lumpur untuk mencari dia,” jelasnya semalam.

Sebelum ini, Minerva yang juga seorang jururawat me­rayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu mengesan keberadaan anak lelakinya itu.

Dia kini bimbang kemungkinan anaknya menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN